Tazkirah SMASHians

View previous topic View next topic Go down

Tazkirah SMASHians

Post by Ummi@Jannah on Fri Jun 05, 2009 12:25 pm

***Hanya 5 Perkara***

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:
1) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
4). Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
5). Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin…

Berjihad itu WAJIB

Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 26
Location : ~Dunia Khayalan~

View user profile http://smashians.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah SMASHians

Post by Ummi@Jannah on Fri Jun 05, 2009 12:27 pm

***10 Jenis air Mata***

Ibn Qayyim mengklafikasikan air mata kepada 10 jenis iaitu:

1. menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

2. menangis kerana rasa takut.

3. menangis kerana cinta.

4. menangis kerana gembira.

5. menangis kerana menghadapi penderitaan.

6. menangis kerana terlalu sedih.

7. menangis kerana terasa hina dan lemah.

8. menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10. menangis orang munafik.

Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 26
Location : ~Dunia Khayalan~

View user profile http://smashians.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah SMASHians

Post by Ummi@Jannah on Fri Jun 05, 2009 12:32 pm

***22 Tanda Kiamat***

Wahai rakan-rakan seperjuangan Islam saya sekalian. Ingin saya khabarkan pada kamu tentang hal ini. Moga-moga kamu sekalian dapat mengambil langkah-langkah yang sewajarnya agar kamu berasa lebih bersedia untuk menghadapi hari terakhir ini. Bukan niat saya untuk menakut-nakutkan kamu, tetapi apa yang saya ingin sampaikan di bawah adalah dari hati saya sendiri, ingin menyampaikan apa yang patut saya sampaikan. Semoga rakan rakan sekalian dapat menyedari hakikat hari kiamat ini dan dapat bersedia dengan amal ibadah.
Ketahuilah rakan-rakanku sekalian bahawa terdapat 22 tanda tanda hari kiamat. Tanda-tanda tersebut adalah:-
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Sekali lagi ingin saya peringatkan agar rakan rakan semua dapat mengambil sedikit masa dan fikirkan akan kewujudan tanda tanda tersebut dalam masyarakat kita sekarang. Masihkah kita ingin menidakkan akan hampirnya hari perhitungan ini?
Sekian buat renungan bersama.

Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 26
Location : ~Dunia Khayalan~

View user profile http://smashians.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah SMASHians

Post by Ummi@Jannah on Fri Jun 05, 2009 12:38 pm

***Di Sebalik LAPAR & KENYANG***

Di dalam lapar ada 10 kebaikan dan dalam kenyang ada
10 kemudaratan.

LAPAR : menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan
menerangi pengelihatan hati
KENYANG : menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta

LAPAR : merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut
dan bercahaya.
KENYANG : zikirnya hanya di lidah dan hati tidak
merasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya
Allah.

LAPAR : menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di
saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak,
hatinya akan tenang.
KENYANG : tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan
akan memenuhi hati.

LAPAR : tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal
cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat
bala di dunia.
KENYANG : menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan
dan lupa bala Allah.

LAPAR : mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk
maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.
KENYANG : mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan
adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati
manusia.

LAPAR : kuranglah tidurnya dan mudah untuk bangun
KENYANG : akan merasa mengantuk kerana gas yang
dihasilkan oleh pencernaan makanan Meruap ke otak.
Otak kekurangan oksigen.

LAPAR: mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah
kerana pintu godaan syaitan tertutup.
KENYANG : syaitan makan mengganggu ibadahnya
menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada
Allah.

LAPAR : terhindar daripada banyak jenis penyakit
kerana kebanyakan penyakit berpunca daripada kandungan
makanan yang dimakan.
KENYANG : mengundang pelbagai jenis penyakit seperti
diebetis, taun dan lain-lain.

LAPAR : menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan
ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan
terhadap makanan.
KENYANG : sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk
mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang negara
menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR : menyemai rasa kasih sayang pada insan lain
terutama fakir miskin dan anak yatim.
KENYANG : tidak merasai kesusahan orang lain
seterusnya
menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

Sahabatku sekalian,
lapar merupakan tali yang mengikat nafsu. Ingatlah
bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam
dan berjalan melalui salur darah (arteri dan vena).
Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan
berlapar dan haus. Cubalah menehan diri daripada
terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa.
Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.
Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada
diri kita. Kasihilah akal, hati dan badan, agar
anggota itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita
akan dapat memberi kasih sayang pada orang lain dan
semoga NUR Allah akan menyinari hari-hati kita.
Berusaha, berjaya! wallahua'lam..

Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 26
Location : ~Dunia Khayalan~

View user profile http://smashians.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah SMASHians

Post by Ummi@Jannah on Fri Jun 05, 2009 12:41 pm

***I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…***

Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg
sedang ‘mabuk cinta’. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita
semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu
ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan
diri dlm perkara ini. Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg bermaksud perasaan kasih sayang
yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi
yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta
dibeli dgn wang ringgit.

Seperti lagu Aris Ariwatan ‘Cinta Tak Kenal Siapa’ dan nyanyian
kumpulan Budak Kaca Mata ‘Cinta Tak Perlu Dipaksa’.

Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan
padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam
tasawuf, ‘MAHABBAH’ beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg
menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
“… ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan
mereka pun mencintaiNya…” Al-Maidah, ayat 54
” Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH
mengasihi dan mengampuni dosamu…” Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya
didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg
sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana
kaca. Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri, sebelum memberi
cinta pada org lain’

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi’atul Adawiyah, seorg wali
wanita yg hidup atr 95 – 185 hijrah. Cinta Rabi’atul padaNya
merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan
hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???
Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya
cinta???


Atau…
adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa
nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta
suci???

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2
mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan
maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi
teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau
impian???
Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan
kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua
perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN…

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg
perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta
penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-
hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang
penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg
melompat-lompat dan begitu rapuh… Ia juga bukan spt cinta
atr ‘Romeo dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan Majnun’…
Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah
Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia
bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA…
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg
dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga.
CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN
HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG…
InsyaAllah…

Wallahu’Alam…
Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain… sesungguhnya ini
adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta
sahabat2 kita yg lain… semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH

Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 26
Location : ~Dunia Khayalan~

View user profile http://smashians.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah SMASHians

Post by Ummi@Jannah on Fri Jun 05, 2009 12:48 pm

***10 Amalan TERBALIK***

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.

Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.”
(Riwayat Bukhari)

Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 26
Location : ~Dunia Khayalan~

View user profile http://smashians.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah SMASHians

Post by Ummi@Jannah on Fri Jun 05, 2009 12:50 pm

***3 soalan utama di Mahsyar…***

1) tentang UMURmu bagaimana kita menghabiskannya???
- sepanjang mana umur kita maka sepanjang tempoh itulah kita akan ditanya samada kita telah memanfaatkan umur kita atau kita banyak membazirkannya dengan perkara2 kurang manfaatnya.
- berapa banyak amal kebajikan kita, ibadat kita atau maksiat kita lakukan.

2) tentang HARTAmu ke mana kita sumbangkannya???
- sebanyak mana harta yang kita kumpulkan maka sebanyak itulah nanti yang akan diperiksa dan dianalisis untuk mengetahui samada kita telah benar2 memanfaatkan harta kita pada jalanNYA atau kita hanya bazirkannya pada perkara2 kurang berfaedah.
- banyak mana sumbangan harta kita kepada perjuangan Islam atau hanya pembaziran semata2

3) tentang ILMUmu sejauh mana kita amalkan dan sebarkannya???
- ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah
- jika kita hanya menyimpan ilmu tanpa ingin untuk luaskannya maka tunggulah balasan dariNYA kerana orang yang berilmu mempunyai pilihan samada nanti dia akan dimasukkan ke Neraka atau ke Syurga disebabkan oleh ilmunya.

sekian sedikit renungan dari insan lemah lagi hina ini…..
banyakkanlah peringatan(tazkirah) kerana manusia adalah spesis pelupa
hihiiii.... Laughing

Ummi@Jannah
Admin

Posts : 14
Join date : 2009-05-27
Age : 26
Location : ~Dunia Khayalan~

View user profile http://smashians.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Tazkirah SMASHians

Post by Sponsored content Today at 6:56 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum